Cacar monyet
Cacar monyet

Cacar monyet

Cacar monyet ialah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet dalam sesetengah haiwan termasuk manusia.[2] Gejalanya dimulai dengan demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak nodus limfa dan lelah. Hal ini kemudian diikuti oleh kemunculan ruam yang membentuk lepuh. Tempoh inkubasi antara pendedahan terhadap virus hingga timbulnya simptom adalah sekitar 10 hari. Gejala-gejala tersebut biasanya akan dialami pesakit selama dua minggu.[1]Seseorang dapat dijangkiti virus akibat digigit atau dicakar haiwan, bersentuhan dengan daging atau bendalir tubuh haiwan liar terjangkit, objek tercemar atau berada dalam jarak dekat dengan orang yang dijangkiti. Virus cacar monyet umumnya mengalir dalam kalangan rodensia.[7] Diagnosis dilakukan melalui pengesanan DNA virus daripada sampel luka.[4] Tanda klinikal penyakit ini mirip dengan cacar air.[3]Vaksin cacar (variola) dapat mencegah jangkitan dengan keberkesanan 85%.[4][8] Pada 2019, vaksin cacar monyet, Jynneos (juga dikenal sebagai Imvanex di Kesatuan Eropah dan Imvamune di Kanada[9]), telah disetujui bagi penggunaan terhadap orang dewasa di Amerika Syarikat.[10] Terapi lazim yang digunakan saat ini ialah tekovirimat, antivirus yang secara khusus ditujukan untuk mengubati virus ortopoks seperti cacar dan cacar monyet. Ubat ini disetujui untuk mengobati cacar monyet di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Sidofovir atau brinsidofovir mungkin juga bermanfaat bagi melawan penyakit ini.[3][11] Risiko kematian, jika tidak diubati, dilaporkan sebesar 10% hingga 11% dalam klade basin Kongo (Afrika Tengah).[1][12][13]Cacar monyet pertama kali dikenal pasti pada 1958 dalam monyet makmal di Copenhagen, Denmark.[14] Walaupun demikian, monyet bukanlah reservoir alami virus tersebut.[15] Kes pertama melibatkan manusia ditemui pada 1970 di Republik Demokratik Congo.[14] Wabak cacar monyet yang terjadi di Amerika Syarikat pada 2003 diduga berasal dari pasaran haiwan peliharaan serta penjualan haiwan rodensia yang diimport dari Ghana.[4] Wabak cacar monyet 2022 merupakan insiden pertama penularan meluas di luar Afrika, yang dimulai di England pada Mei 2022, dengan kes-kes berikutnya dikesan di kawasan Eropah, Amerika, Australia dan Timur Tengah.[16][17]

Cacar monyet

Kaedah diagnosis Pengesanan DNA virus
Kekerapan Jarang[2]
Permulaan biasa 5-21 hari setelah pendedahan[1]
Gejala Demam, sakit kepala, sakit otot, ruam melepuh, nodus limfa bengkak[1]
Tempoh 2 ke 4 minggu[1]
Punca Virus cacar monyet[2]
Pengkhususan Penyakit berjangkit
Kematian kurang 1% (klade Afrika Barat),[5] hingga 10%[1] (klade lembangan Kongo, tanpa rawatan)[6]
Diagnosis pembezaan Cacar air, variola[3]
Rawatan perubatan Tekovirimat
Pencegahan Vaksin cacar[4]